Rabu, April 09, 2008

"survival of the fittest" adalah tautologi

'kemandirian yang tercocok' atau 'kemadirian yang terpadan' atau 'kemadirian yang tercergas'.
tautologi. ya, tautologi. tiada makna tambahan. swasokong. sokong sendiri. syok sendiri.

tentulah kita definisikan yang mandiri itu yang tercocok/terpadan/tercergas. atau ada nama lain yang diberikan kepada golongan ini. jadi tiada makna prinsip 'kemandirian yang tercocok/..'. ia memang benar secara definisi. tautologi.

jadi, satu prinsip utama evolusi darwin adalah suatu tautologi. tak perlu gaduh ia benar atau tidak. ia tautologi.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tautologi tu apa?

Tanpa Nama berkata...

Tautologi dari segi logik ialah sesuatu kenyataan yang memang benar untuk apa-apa nilai kebenaran atom-atom proposisinya. Bermakna tidak berguna untuk memcari bukti eksperimen. Dari segi retorik atau balaghah, ia adalah bahasa yang membazir ('redundant'), semacam mengatakan perkara yang sama dua kali, misalnya, "kalau tak jumpa baran tu kat situ, tak hilang kat situlah".

Tanpa Nama berkata...

harap maaf tapi sangat sukar nak faham apa yang ditulis. ini pandangan dari segi fizik ke atau a certain logik or prinsip???

okay. i myself am talking nonsense here.

Tanpa Nama berkata...

cuba cari tautology di wikipedia. mengulang perkara yg sama.

cth: 'free gift'. 'gift' sememangnya benda yang diberi percuma, maka tak perlu tulis 'free'.

'survival of the fittest'. 'fittest' sudah tentu akan 'survive'.

betul ke saya tulis fizikawan?

wan_ahmad_tajuddin wan_abdullah berkata...

ya, seperti itu.
sesuatu tautologi tidak punyai nilai teori saintififik, sebab tidak boleh diuji kebenaran/kepalsuannya.

Iqbal Yusoff. berkata...

maka, 'survival of the fittest' itu tautologi lojik atau retorik ?

Tanpa Nama berkata...

kedua-duanya.

ia tautologi logik jadi tidak mempunyai nilai saintifik kerana tidak berkemungkinan dipalsukan (ala Popper). ia tautologi retorik/balaghah dan oleh itu tidak memberi maklumat tambahan.