Khamis, Julai 30, 2009

keatoman masa

Dalam falsafah sains Islam, ada pendokongan keatoman masa.

Keatoman ruang adalah biasa, seperti dalam graviti kuantum, di mana ada had terkecil saiz ruang, yang dalam graviti kuantum, dikaitkan dengan jarak Planck. Keatoman masa menyatakan bahawa ada saiz terkecil masa, yang digabungkan untuk membina paksi masa yang makro.

Dalam falsafah sains Islam, alam dijadikan pada setiap detik masa oleh Pencipta; yakni bukan sekali dijadikan kemudian ia kekal dalam kejadiannya 'sehingga diberitahu kelak', tetapi ia memerlukan perintah jadi pada setiap detik masa. Jadi keatoman masa cocok dengan konsep ini.

Dalam fizik kuantum, keadaan sesuatu sistem ditentukan oleh ukuran. Dan dalam fizik kuantum sesuatu ukuran itu boleh mengubah keadaan sistem berkenaan. Bila suatu ukuran itu dibuat, sistem berada dalam keadaan eigen berkenaan sehingga ukuran pencerap yang pelengkap kepada ukuran awal itu dibuat, bila mana keadaan sistem berubah dilingkungi ketakpastian berkenaan.

Kita boleh bayangkan sistem kuantum yang setiap detik diukur dan mengambilpakai keadaan tertentu dalam lingkungan ketakpastian. Seperti penciptaan yang berlaku pada setiap detik masa dalam falsafah sains Islam...

1 ulasan:

meta-F berkata...

Assalamu'alaikum
Waktu saya belajar, pensyarah saya ada membicarakan perihal masa iaitu dalam Fizik Skala Planck masa bukanlah selanjar semacam mana kita anuti tetapi masa adalah dalam bentuk helaian demi helaian (Discretize) terhadap masa Planck iaitu t=Punca(hBar x G/c4) lebih kurang 5.4x10-44saat.

Persoaalannya ialah adakah benar akan kenyataan demikian dan apakah hubungan ia dengan Islam.

Jazakallahu khairan katsirah