Ahad, Januari 04, 2009

a e i o u dalam merekabentuk sistem maklumat

a - automation: keautomatikan
contoh - e-mel pemberitahuan mesyuarat secara automatik mengemaskini kalendar peribadi
prinsip - pengaliran maklumat

e - empowerment: kepenguasaan
contoh - pengguna boleh memanipulasi data seperti kuasa yang diberinya, tidak perlu melalui pengaturcara
prinsip - kuasa dalam talian = kuasa luar talian

i - integration: kesepaduan
contoh - semua sistem berhubung di antara satu sama lain, dan konsisten
prinsip - ketunggalan maklumat

o - open: terbuka
contoh - pangglan khidmat web yang piawai
prinsip - kepiawaian

u - utility : kebolehgunaan
contoh - maklumat yang sering digunakan berada di laman hadapan
prinsip - klik minimum (dalam maklumat berkadaran songsang dengan frekuensi maklumat)

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

di bawah utiliti juga -
prinsip laluan maklumat - tak perlu terkapai-kapai nak cari di mana letaknya sesuatu maklumat itu, harus sentiasa ada laluan (yakni siri klikan) jelas dari mana-manapun ke mana-manapun