Ahad, Ogos 10, 2008

taburan kaum yang rata

ogos dan bulan kemerdekaan datang lagi.
malaysia kini 51 tahun merdeka.

namun setiap kaum masih merungut tentang ketidaksamarataan kaum. taburan tak rata, menurut domain-domain tertentu. misalnya dalam polis, banyak melayu. dalam perniagaan, banyak cina. dalam estet, banyak india.

ada polisi mahukan kesamarataan secara kasar, misalnya d.e.b. mahukan 30% penyertaan bumiputra dalam perniagaan. tetapi kenapa 30%? kenapa tidak 55%, menurut pecahan penduduk sebenar?
sepatutnya, untuk kesamarataan dalam setiap domain, pembahagian menurut kaum seharusnya mengikut pecahan sebenar 55% melayu, 30% cina, 15% india (katakan). dalam lingkungan ralat.
misalnya, jabatan kimia ada 40 kakitangan. jadi sepatutnya 22 melayu, 12 cina dan 6 india. dengan ralat, dari taburan poisson, punca kuasa dua bilangannya, yakni 22 +- 4.7 melayu, 12 +- 3.5 cina, dan 6 +- 2.4 india. jadi, jika misalnya ia sebenarnya mempunyai kakitangan yang terdiri daripada 26 melayu, 9 cina dan 5 india, ia masih taat mengikuti taburan penduduk kebangsaan.

setiap domain: badan, organisasi, bidang, taman perumahan, bandar, jenis kerja, dsb sepatutnya diusahakan untuk mencerminkan pengagihan penduduk kebangsaan di dalam kandungannya masing-masing.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bagaimana dengan jabatan fizik Prof?

wan_ahmad_tajuddin wan_abdullah berkata...

kiralah...

Tanpa Nama berkata...

tak pa Prof..kita majoriti dalam banyak sektor lain...

kat kilang banyak org kita yang jadi operator lah...
Kat shopping complex pun banyak org kita tengah lepaklah (bukan kila untung)
Kat Dataran merdeka kita ramai tengok konsertlah
Kat belakang sekolah pun majoriti ponteng sekolahlah
Kat kelab dangdut pun boleh juara tengah berdangdutlah

Sad...sad..majoriti ditempat yang 'salah'

I wish to see more Malays in Science School in private Uni.
I wish to see more Malays in private sectors at decision making level
I wish to see more malays lepaking at MPH reading books
I wish to see more Malays at 'exclusive' housing area

I wish and wish and wish