dari mana kucing belajar mengambus najisnya? saya tak pernah lihat mana-mana ibu kucing menunjuk-ajar anaknya. saya rasa anak kucing yang tak beribu pun kambus najisnya selepas bertandas.
(seekor kucing di jepun: buang, kambus, dan hidu untuk tentukan kambusan berkesan)
kalau ini menurut 'naluri', bagaimana ianya terstor dalam gen/neuron? kalau seluruh tatacara saya rasa terlalu kompleks untuk disimpan dalam jujukan bes dalam gen, atau dalam kekuatan sinaps di antara neuron-neuron. mungkin sebagai naluri seperti kehendak supaya bahu najis sendiri hendaklah dikambus. mungkin boleh eksperimen - letakkan najisnya, dan najis kucing lain dan najis lain di atas pasir, lihat apa tindakbalas kucing berkenaan...
dari segi evolusian pula, kemungkinan para 'darwinis' boleh cepat fikirkan (secara pascarasional sekali lagi!) apakah kelebihan evolusian dalam mengambus najis setelah bertandas. (supaya musuh tak dapat hidunya? - tapi dari segi kencing pula, anjing misalnya, nak kencing secara terang-terangan pula, dikatakan untuk menanda 'kawasan takluk'nya, atau untuk menanda jalan pulang!)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Prof dah sebut sebelum ini. maka teori evolusi itu 'lemah', kerana benda dah jadi, baru nak cakap kenapa...
jadi sepatutnya, kalau mengikut teori evolusi, perlu dapat mengagak fenomena lain yg berlaku, sebelum ditemui. Saya tak fikir para saintis boleh buat ramalan begini.
tentang kucing pula, saya pernah ada kucing yang berperangai aneh. namanya 'rodeng'. setiap kali kucing-kucing yang lain membuang najis dan mengambus, dia pula pergi menggali dan mengambus semula. saya pun tak faham.
saya gak percaya dengan teori ntu
---
Jika Anda membutuhkan info tentang kampus STMIK silahkan klik website kami di http://jak-stik.ac.id
Catat Ulasan