organisasi adalah seperti perisian. bahagian-bahagiannya seperti modul-modul.
dulu-dulu, kita definisikan organisasi dari segi tatacara dalam sesuatu tugasan, seperti kaedah ISO dsb. ini seumpama bahasa aturcara tatacaraan, seperti fortran dan c.
kita boleh lihat bahagian-bahagian dalam organisasi dari segi fungsinya masing-masing. ini seumpama bahasa aturcara fungsian. dan/atau isytiharkan logik di antaranya, meniru bahasa-bahasa isytiharan seperti prolog.
organisasi menjadi berasaskan objek bila kita lihat bahagian-bahagian sebagai objek yang tersalut dengan sorokan maklumat. boleh diguna semula.
kita boleh gunakan kaedah-kaedah kejuruteraan perisian, seperti analisis keperluan, penentusahan dan pengesahan, dll, dalam membina organisasi.
Rabu, Januari 28, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Assalamu'alaikum Warahmatullah Wabarakatuh Prof
Saya kagum dengan corak pemikiran dan prinsip, walaupun saya baru kenali Prof melalui laman web secara tak sengaja (sewaktu saya saya sedang mencari nota Fizik Moden dalam Bahasa Melayu), tapi saya betul teruja akan hal tersebut.
Untuk makluman Prof, saya adalah kakitangan UPSI dan saya berminat dengan dunia zarah asas terutamanya Adisimetri dan Aditetali. Oleh hal yang demikian saya juga tertarik dengan kumpulan zarah asas UM yang melibatkan diri pakatan ZEUS di HERA, Jerman. Saya rasa seronok kalau saya terlibat dengan pakatan tersebut.
Disini saya sertakan mel-elektronik saya ibnuumar_1984@yahoo.com
Minta maaf ulasan ini tidak berkaitan dengan kejuruteraan organisasi, saya rasa ini adalah medium yang sesuai untuk berinteraksi dengan Prof.
Barakallahu fiikum
Salam Prof,
Prof ni bukan sekadar fizik bahkan dunia kepintaran buatan pun tahu malahan artikel baru menyentuh kejuruteraan perisian dalam organisasi...
namun modul dan fungsi tidak mempunyai emosi dan ciri2 peribadi sepertimana individu2 dalam sebuah organisasi. saya percaya kita boleh mempelajari sesuatu itu secara sistemik, namun penyelesaian organisasi bukan sesuatu yang sistematik.
yang baik datang dari Allah dan yang buruk dari saya sendiri.
Catat Ulasan