Dalam bahasa Melayu, 'times square' tentu memberikan bunyi baku yang pelik. Tetapi mereka tulis 'Times Square' (disebut "taims skuer") dan menyelindung di belakang alasan 'nama khas'.
Mari kita penyet sedikit hal ini. Bagaimana dengan 'München'? 'ü' tidak wujud dalam abjad Melayu. Suatu hukum pengubahsuaian diperlukan di sini. Mungkin kita boleh adakan hukum ü → ue (seperti dalam bahasa Inggeris) untuk ini. Tetapi bagaimana pula dengan 'Notkestraβe'? Hukum pengubahsuaian lagi? Ataupun 'København'? Lagi? Atau 'Łódź'? 'Mocĸвa'? 'Coфия'? 'Aθηνα'? 'القاهرة'? 'つくば'? '上海'?
Banyaknya hukum pengubahsuaian! Kenapa kita tidak gunakan hukum pengubahsuaian yang mudah - nama khas dieja menurut bunyinya. Jadi '上海' ialah 'Syanghai'. 'つくば' pula 'Tsukuba'. 'Alqahirah' mewakili 'القاهرة', 'Athina' untuk 'Aθηνα' dan 'Coфия' itu 'Sofia'. Ibunegera Rusia itu 'Moskva', sementara 'Wuc' adalah bandar di Poland dan 'Kobenhaven' ibunegara Denmark. 'Notkestrase' ialah nama suatu jalan di Hamburg. Hamburg dan Muenkhen adalah bandaraya-bandaraya di negara Doisyland.
Di Malaysia, perlu diubah papantanda untuk 'Berjaya Taims Skuer', 'Putra Haits' dan 'Jojtaun'.
Rabu, Disember 03, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
8 ulasan:
betul jugak.
kenapa tak "Wan Utama"? huhuhu
menarik.. atau precint di purajaya ditukarkan kepada sinonim melayunya? saya tidak pasti apa sinonimnya.
maaf ya dr.
dr, dalam bahasa Melayu, terdapat pengecualian dalam peminjaman kata atau istilah dari bahasa asing lain.
Kata Nama Khas merupakan salah satu yang termasuk dalam pengecualian ini.
dalam pengecualian ini, kata atau istilah yang dipinjam tidak ditukarkan bentuk, bunyi, dan ejaannya.
maaf jika huraian ini tidak lengkap, sempurna, atau kabur.
untuk rujukan, dr. boleh rujuk Nahu Melayu Mutakhir, dan Nahu Melayu Kemas Kini. Tatabahasa Dewan juga ada menyebutkan tentang hal ini. tapi, tidak menyeluruh.
dr., bahasa Melayu itu dinamik.
jadi tidak perlulah untuk kita "tutup" minda kita.
hei kamu apekzer, sinonim precint ialah persiaran.
hei kamu fallspoet, faham huraian di atas?
yg dihujah ialah, jika nama khas ialah "..kata atau istilah yang dipinjam tidak ditukarkan bentuk..",
maka "München" dan "Notkestraβe" tidaklah ditukar bentuknya (tetapi kenapa ditukar?) dan begitu juga "København" dan "Łódź" dan seterusnya "Mocĸвa", "Coфия" dan "Aθηνα". Kalau begitu, juga "القاهرة", "つくば" dan "上海".
Kerana "..bahasa Melayu itu dinamik..." lah kita tidak perlu ".."tutup" minda kita.." kepada hanya apa yang dititahkan di dalam Tatabahasa Dewan shj.
maaf ya dr. ilmu saya mungkin masih tidak cukup lagi.
tapi, dalam bahasa Melayu, terdapat konsonan, dan vokalnya. mungkin vokal dan konsonan yang terdapat dalam bahasa lain tidak terdapat dalam bahasa Melayu. seperti contoh yang dr. telah berikan.
oleh yang demikian, peminjaman kata-kata dalam bahasa Melayu melalui beberapa proses.
antara proses-proses tersebut termasuklah proses penyesuaian bunyi dan grafem.
ya - itulah yg saya maksudkan. kenapa kita kena tulis Kopenhagen dan bukan Kobenhavn atau Kobenhafen seperti yang disebut? Kenapa kita tulis Berjaya Times Square tetapi tidak Berjaya Taims Skuer seperti yang disebut? Atau sebut Berjaya 'ti'-'mes' 'squa'-'re' seperti yang ditulis?
dan hukum2 & proses2 ini raja mana yg tentukan? sebagai pengguna, kita juga ada kuasa mempengaruhi hukum2 & proses2 ini. dan ini satu usaha utk berbuat demikian!!!
raja mana?
bukan, tapi cuma Jawatankuasa Pembentukan Istilah.
kita sebagai pengguna juga ada kuasa. sebagai contoh, kita ada dialek, slanga, dan laras masing-masing apababila menuturkan tentang sesuatu perkara.
jawatankuasa tersebut cuma menggariskan penggunaan bahasa Melayu yang betul.
mengapa ya?
ya, disebabkan bahasa Melayu itu dinamik, kita tidak mahu bahasa kita ini menjadi seperti bahasa Melayu di Indonesia yang tidak mempunyai apa-apa garis panduan dalam penciptaan istilah.
sebagai contoh, dr, boleh kaji istilah-istilah dalam bahasa Melayu Indonesia. kadangkala saya berasa sedih. istilah yang digunakan dengan sesuka hati sahaja dengan meminjam istilah asing tanpa melalui penyesuaian.
contohnya "type" (jenis) disebut "tipe". sedangkan bahasa Melayu itu mempunyai istilah tersendiri bagi menyatakan konsep "jenis".
ya, sekurang-kurangnya bahasa kita mempunyai peraturan.
dalam bidang sains fizik juga mempunyai peraturan, bukan?
begitu juga dalam bidang sains sosial.
"betul", "peraturan" itu wahyu dari mana ya?
oklah, dewan bebas nak adakan "bahasa dewan". ya, kita juga bisa ada "bahasa asmah" atau "bahasa safiyah" atau lain.
jika "bahasa melayu" maka itu bahasa yang melayu gunakan. walaupun kita anggap "salah" tetapi hakikatnya itulah fenomenologinya.
kita boleh cuba 'jurutera'kan supaya kaedah tertentu digunakan misalnya tentukan lulus/gagal dalam peperiksaan awam (berguna jika kita ada kuasa pemerintah) tetapi akhirnya terpulang kepada pengguna bahasa itu.
dewan juga lebih-kurang cuba juruterakan bahasa menurut apa yang dewan anggap 'betul'. begitulah saya disini mencadangkan hukum kejuruteraan untuk cara menulis nama khas. kalau dewan dan pengguna bahasa terpengaruh, maka jadi satu kepuasan kepada saya, kerana apa yang *saya* anggap 'betul' telah terpacak.
Catat Ulasan