Jumaat, Julai 31, 2009

Fizik zarah 0.1

Weltanschaung (pandangan dunia) bahawa alam ini terdiri daripada pelbagai zarah dalam pelbagai bentuk, kedudukan dan aturan sebagai pelakon utama, dan ruang kosong sebagai latar, boleh dijejak kepada pemikir Yunani, Demokritus (460-370 SM). Zarah-zarah ini membina jirim, dan unsur terkecil sesuatu jenis jirim ialah atom. Atom adalah bahagian terkecil jirim - ia tdak boleh dibahagi lagi; ia masih mengandungi segala sifat yang dipunyai oleh jirim berkenaan. Sebelum itu, Anaksagoras (500-428 SM) menyatakan bahawa perubahan dalam jirim adalah akibat perubahan dalam aturan zarah-zarah (tiada pemusnahan atau penciptaan jirim - keabadian jirim), dan Empedocles (484-424 SM) menyatakan bahawa ada empat unsur - tanah, api, air dan udara.

Daripada konsep keatoman/keunsuran yang agak naif itu, kita kini boleh postulatkan kewujudan zarah-zarah keunsuran, dengan sifat-sifat unsur, tetapi sifat-sifat ini bukanlah sifat yang sama yang dipunyai jirim pukal. Bahkan, salingtindak di antara zarah-zarah ini menghasilkan sifat kolektif yang berlainan, tetapi masih tertentu. Namun, zarah-zarah keunsuran masih perlu menjadi 'pemegang' sifat-sifat tertentu, yang berpindah bersama berpindahnya kedudukan zarah berkenaan. Sifat-sifat ini (yang sekarang misalnya dinamakan cas, jisim, dsb) seakan melekat kepada zarah-zarah ini, yang biasanya dianggap seperti titik. Bagaimanakah titik yang tak punya sifat itu boleh membawa sifat-sifat berlainan berlainan zarah? Bolehkah kita ada titik-titik yang berbeza jenis?

1 ulasan:

meta-F berkata...

Assalamu'alaikum
Maaf ulasan ini tidak ada kena-mengena dengan entri ini.

Saya dapati Prof adalah ahli ASASI, jadi soalan ialah macam ini;
ASASI didirikan atas falsafah Islamisasi Ilmu, tapi apa yang nak saya timbulkan disini ialah; Apakah perbezaan diantara Islamisasi beracuankan Buchaille dengan Nquib al-Attas dan An Nasr

Semoga Prof dapat melonggarkan persoalan yang melingkari pada noda-noda keraguan saya.

Wallahu'alam